Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”

15 June 2009

Hari Konvo Acu Ija

Si Kenit yang tak reti duk diam .. penat ibu layan.. asyik nak berjalan jek.. 

29/5/2009, Kitaorang gi Konvo Acu Ija kat UITM Shah Alam..Pergh.. hari tu panas gilak.. dan ramai orang Gilak.. kita tak dapat masuk tgk Acu kat dalam Dewan Sri Budiman, kita tgk kat TV jek.. hehhe.. so leh la tgk Acu amik Ijazah. meh meh.. layan gambar masa tu..Pastu.. yang sedihnya.. lepas balik Konvo Acu, Qaira pun demam..... 

Acu dan Qaira

nanti Qaira besar.. nak pakai cam ni jugak... 

Ibu dan Acu.. dulu ibu pun konvo kat sini gak.. 2 kali  ibu Konvo kat sini.. tunggulah.. ibu akan konvo kat sini lagi.... 

Ibu, Qaira, Achik Ila, Acu dan Atuk.. Ayah?? tengah tangkap gambar kita lah.. heheh

Berkelah di Sungai Congkak, Hulu Langat

3 Dara Pingitan.. hehhee 

Perrghhh.. salam semua.. lamanya tak update blog Qaira ni.. Alasannya ialah bz dan kemalasan untuk menulis dan mengupdated, hehehe.. atas alasan tersebut, maka blog ini jadi bersawang.. hampir 2 bulan.

Oklah.. ni gambar gambar masa kami semua pergi mandi manda di Sungai Congkak pada 26/4/2009.Boring tak der nak wat apa ari tu.. Mandi manda la kami. Ibu, Ayah, Mak Lang, Fahim, Achik Ila, Acu Ija dan Qaira.. layan jek.. Gambar menceritakan segalanya..


mula mula nak masuk dalam pelampung Duck ni.. punya la takut.. nangis nangis, dah masuk.. tak mo kuar lak dia..


Perghh.. Boss.. siap nguap lagi tu..

mana satu itik.. mana satu Qaira?? cuba teka.. hehhe 

Cepat!! cepat!! cepat!!! mari berenang ke tepian.. sejuk dah ni..

19 April 2009

Aksi si Qaira


Cat WOman.. hwakkaka..
Ahli SIhir


CikGU BedaH.. hwakaka

HeppY BesDay Qistina!!

Besday Girl Yang mUka mAsam.. huhuh... payah nak tgk dia senyum...



Selamat Hari jadi Yang Pertama buat Qistina.. hari ini, kita sekeluarga,.. gi Nilai..umah nenek Qistina.. Qistina sambut hari jadi.

16 April 2009

Gambo Lagi..




Aksi SI Qaira.. di Tasik.. Depan Umah..



Body Builder.. Ayah dan Qaira.. hwakakakka


Penternak Berjaya!!!

hahha.. kambing dan Qaira.. Qaira. bukan reti takut.. kambing yang takut ngan Qaira.. bukan Qaira takut kambing.. lex jek dia pegang kambing tu..

Qaira 1 tahun 3 bulan

Inilah muka anak kesayangan Ibu dan Ayah.. Umur dah 1 tahun 3 bulan.. suka sangat sebut.. lampu... kapal terbang.. (huhu tapi hanya ibu ngah ayah yang paham bila dia sebut kapa terbang), pastu.. bila malam.. jalan mesti tgk langit.. nak tgk bulan.. dia akan wawaawa.. ( sambail tepuk mulut dia.. dan mengelurkan suara..wawawaa).. pas tu.. tunjuk langit.. dia akan kata.. tu bulan.. ( huhuh dalam bahasa jerman... tapi boleh la paham.. ahaksss...
Ni gambar dalam kebun Getah.. hwakkaka.. besa la .. Si Qaira ni.. kami bawak jek dia ke kebun..NI muka orang majuk.. penat.. sebab ibu tak mo dukung dia.. Qaira dah penat..

16 March 2009

Qaira@Melaka




sempat amik gambo kat dataran Pahlawan jek.. lepas tu tak ingat lak nak amik gambar.. sebab dah pergi Melaka banyak kali.. so tak der la excited sangat nak amik gambar.. huhu


Ini percutian gi Melaka pada Bulan Februari ari tu.. gi pun dah Petang.. so tak der apa yang dibuat pun.. saja saja jalan jalan habiskan minyak.. huhuhu

Qaira n ZOo negara






layanzzz jek la... huhuu gambar Qaira gi Zoo Negara..





Pemandu F1


























Qaira dan Kambing nya

mari -mari berjalan dalam hutan.. huhuh.. nak gi mana tu dik?? gi kandang kambing yerraiyook.. nak naik kandang tu.. dia sanggup panjat tangga kandang..

Dua orang budak kecik yang sibuk kacau makanan kambing..


Pak Su Mamal.. Penternak Kambing yang berjaya..

orang kasik kambing makan.. di Qaira dan QIstina buang makanan kambing tu kat bawah

mana kambing?? mana Qaira ni....


Posing maut di depan kandang kambing

Bakal Penternak yang berjaya.. nak tambat kambing ke dik ngan tali tu..

Wat apa sebenarnya tu dik????? bersungguh sungguh pegang tali tu nampaknya..


Qaira dan Kambingnya.. bukan reti takut.. kambing takut Qiara.. bukan Qiara yang takut kat kambing..











layan jek laa



kuda ku lari.. gagah berani.. ayuh lari... yehaaaaaaaaaaaa.. laju laju laa. kuda wehh.. lambat sangat..

wat per tu dik??? chating ka!!

ni dia.. budak comel yang sungguh bijak.. dia leh naik dan turun sendiri papan gelunsur tu.

inilah cara turun dari papan gelungsur yang betul. ihikss

abang ni sibuk la.. orang nak masuk dulu dalam terowong tu.. hehhee

dah penat dah.. jom.. balik.. kita balik naik kuda.. yehaaaaaaaaa..





30 January 2009

Akhirnya!!!!

Akhirnya... akhirnya apo???? cuba teka? la la la la..



Akhirnya..sebenarnya.. akhirnya..ialah.. akhirnya Qaira tumbuh gak gigi.. wakakakaka..umurnya Qaira dah 1 tahun 14 hari. Hari ini baru nampak ada gigi yang bakal keluar dari gusinya. Tapi biasalah, Qaira ni pelik sikit.. pelik ke tak? haha.. ntah.. agaknya pelik kot..Qaira tumbuh gigi yang atas dulu. selalunya orang kata akan tumbuh gigi yang bawah dulu. Huhuhhu.. Tak kira la tumbuh mana dulu kan. asalkan tumbuh gigi dan sihat Walafiat. huhuh.. CHaiyOkk Qaira.

27 January 2009

Qaira HilanG!!!

23 Januari 2008, lebih kurang kul 6.30 petang, satu kejadian yang hampir menyebabkan ibu gila..Qaira Hilang dari rumah.. 

Ibu tanya Ayah, " anak mana Yang?" bila ibu dengar senyap jek. Qaira tak der ngan Ayah. Ayah kata. cuba carik dalam bilik.. dalam bilik kot?" Ibu panggil.. Qaira..Qaira..Qaira.. ibu cari dalam bilik, dapur, stor, bilik air, bawah meja.. langsung tak da.. Ibu pergi semula pada Ayah.. " Yang.. anak mana?? anak ilang!!!" Ayah terus cari.. kuar rumah.. pintu rumah rupanya tak kunci..terbukak jek..

Ya Allah.. waktu tu Gigil segala kepala lutut... berlari lari mencari Qaira..Qaira.. Qaira... Qaira.. ibu panggil.. air mata tak leh nak kata la.. cari kat umah.. cari dalam bilik tak da.. selalunya kalau Qaira ada leh dengar gelang kakinya.. paling tidak, bila ibu tanya.. Qaira akan menyahut.. 

Ayah cari kat luar,kalau kalau dia merangkak.. ibu jugak cari kat tangga luar.. kalau kalau Qaira dah jatuh bawah.. ibu cari satu tingkat 3, panggil nama Qaira..senyap jugak.. ibu terus panjat tingkat 4, waktu dah sampai tingkat 4, ada seorang lelaki tu terus cakap, baby dah ada kat lobby. ada orang dah jumpa. dia nak hantar gi balai, tapi nak tunggu sekejap sebab nak tunggu ada tak orang cari.. apa lagi.. ibu turun guna tangga.. terus ke lobby.. ibu cari lagi.. orang tu tak der pun..lepas tu ayah kata.. " tuuuuuuuu.. tu Yang.. anak kat perempuan tu".. ibu lari.. perempuan tu bagi Qaira kat ibu lepas tanya ibu.. " ini ibunya ke?" Ibu jawab ia..Ya Allah.. leganya..

Qaira di jumpai di tingkat 4, pelikkan kan..cam mana Qaira ke tingkat 4.. sedangkan kami di tingkat 3. di jumpai lak betul betul depan rumah pengerusi surau kat Apartment kita. Adeh, sebenarnya jangan pelik, Qaira ni agak aktif, dan betul betul depan pintu rumah kami, ada tangga. Ibu rasa, Qaira mesti naik ikut tangga tu. tak mungkin dia naik lif.

Itulah perihal anak ibu sorang ni.. sekarang.. masuk jek rumah, kena pastikan pintu pagar di tutup dan dikunci, sebab Qaira suka sangat keluar. Baru ibu tahu.. perasaan orang yang hilang anak.. ibu yang kehilangan Qaira pun.. rasa cam nak gila.. jerit jerit panggil nama Qaira.. kehulu ke hilir tak tentu arah. Ya Allah.. selamatkan lah Anak ku Qaira..Amin

08 January 2009

Blog yang Menyentuh Jiwa

tadi masa bukak email.. tetiba nampak satu email.. yang menulis tentang satu blog mengenai penderaan bayi.. hati tergerak nak clik.. Ya Allah.. bila baca je.. air mata terus menitis.. Allah jek yang tahu perasaan sedih si ibu.. kita yang membaca nya pun dah bercucuran air mata..Blog http://memorizulaikha.blogspot.com. Bacalah kengkawan.. buat pengajaran agar ibu ibu yang menghantar anak pada pengasuh lebih berhati hati.

Sekarang ni pun ibu semakin risau.. nak hantar Qaira di mana dah. Dah 3 dah pengasuh. Hanya pengasuh yang pertama sahaja yang ibu rasa bersifat keibuan.. yang menjaga Qaira macam anak sendiri. Malangnya Qaira ibu tak dapat hantar kepadanya Cik Anum lagi ( nama pengasuh Qaira pertama) kerana kita terpaksa berpindah ke Putrajaya. Kemudian dapat pengasuh yang kedua.. setiap hari hantar pasti Qaira akan menangis.. ibu nampak sendiri anaknya pukul Qaira.. Qaira macam takut jek pergi umah pengasuh tu.. dan dia mengasuh kerana duit.. sebab terlalu berkira.. Ibu hantar 7.30- amik kul 2 atau kul 3.. rasa nya ibu dah pernah tulis kat blog ni. pastu tu.. ibu hantar Qaira kat Nursery.. baru dua hari hantar.. mata Qaira lebam dua dua belah. dahi ada tanda merah.. bulat.. seperti terkena tutup botol susu yang ditekan di dahi.. selang seminggu pipi Qaira Lebam.. Nasib baik lepas tu Ibu cuti sekolah. boleh la jaga Qaira. Skang ibu dah mula kerja semula.. tapi tak berani nak hantar kat nursery tu.. dan skang ngah cuba dapatkan pengasuh yang betul betul ikhlas nak jaga Qaira. yang boleh jaga Qaira macam anak sendiri.. bukan jaga kerana duit.. or etc.. payahnya.. skang ibu terpaksa import Acu ija datang umah.. sementara nak dapat pengasuh lain. bila baca blog mama Zulaikha tu.. jadi ibu takut semula nak hantar Qaira kat pengasuh.. alahaii..